Monday, January 10, 2011

Kenapa Cloth Diapers?

Hmm.. kenapa?? personally, saya mula menggunakan cloth diapers ni selepas melahirkan anak ketiga saya (yg kini berumur 4 bulan) dan anak sulung saya - 4 tahun sementara yg tengah, 3 tahun dan semuanya masih ber'diapers' lagi. Setiap 2 minggu, saya akan berlari2 ke pasaraya besar to check which pasaraya yg ada offer on disposables. Saya kena beli 3 different sizes tau... XL, L dan M. Sekali borong, RM250 untuk 2 minggu and bear in mind, saya cuma beli jenama yang termurah dipasaran tau...
Yang menambahkan tension, anak sulung saya ni cerewet. Kalau diapers dia basah sikit, dia mintak tukar.Once dah masuk kerja balik, saya tergerak nak cari alternative untuk disposable dan disitulah bermula segalanya....
Kali pertama saya ke kedai yg jual CD, rasa excited betul pasal colour CD ni cantik2!!! Bila balik rumah, hubby suggest supaya saya jual CD as benda ni elok kita kongsi bersama those yang anak ramai or nak cari option untuk menjimatkan belanja bulanan. Furthermore, kita boleh berjasa to our mother earth!! nak tau tak bahawa disposable diapers ni adalah salah satu penyumbang terbesar kepada masalah sampah di dunia!!!

No comments:

Post a Comment