Thursday, September 26, 2013
Bersalin di Hospital Kerajaan... not so badlah...
Salam,
Pejam celik, dah setahun umur Iska. Sekarang terasa geram pulak bila tengok org pregnant. Rasa mcm nak preggy lagi je. Org pregnant ni nampak comel sesangat especially bila dah hujung2. Masa depa jalan tu, nampak mcm penguin comel... Tanya Mr. Hubby, dia nak baby lagi tak? Mr Hubby cuma gelengkan kepala je. Agaknya dia still trauma dengan kekerasan kepala saya time nak deliver Iska setahun yg lalu. Ceritanya...
3 orang anak sebelum ni lahir di hospital swasta. Alhamdulillah, semuanya keluar secara normal and... besar2 belaka!!! Masa mengandungkan si Iska comey, semuanya berjalan lancar pada awalnya until check up 6 bulan. Gynae (Private Hospital) bagi tau yg uri saya ada di bawah. Type 2 katanya dan saya tak perlu risau pasal kandungan still di peringkat awal dan kebarangkalian uri untuk naik balik agak tinggi. Masa tu air mata dah menitis. Teringat yg saya dah 2 kali jatuh terduduk gara2 nak cepat punya pasal. Saya punya silap. Saya pun buat la sedikit research. Nama lain bagi uri di bawah ni ialah Plasenta Previa dan ada mcm2 jenis. Lepas baca dan faham, rasa lega sikit dan hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan bersalin,
Nearer to my EDD, Gynae suruh saya prepare utk bersalin secara Cesarean. Saya masih boleh bersalin secara normal tapi dia tak mahu ambil risiko. Mr Hubby setuju dan saya pun setuju pada mulanya especially bila memikirkan masalah logistik bila tiba waktu saya nak bersalin nanti. Sure Mr. Hubby sakit kepala, macam mana nak uruskan 3 girls yg kecik2 tu plus saya yang sakit nak bersalin. Tapi bila fikirkan balik pasal fees, saya dah risau. Gynae suruh prepare RM10k. Kesian pulak kat Mr. Hubby.
Akhirnya, saya tekadkan azam, saya nak bersalin di Hospital Kerajaan!!!!Nearer to my EDD, dengan azam yang kuat - kuat sangat demi nak selamatkan RM10K - saya sendiri pergi jumpa Gynae dan mintak Letter of Referral untuk diserahkan masa saya daftar di Hospital Kerajaan. Lepas dapat surat, saya terus pergi ke Pusat Bersalin HTAR. Sepanjang saya mengandung, saya tak pernah buat check up di mana2 Klinik Kesihatan jadinya, nurse2 di situ membebel la pasal tak tahu history kesihatan saya - Mintak maaf ye misi atas kealpaan saya. Sedih jugak masa tu. Dah la masuk daftar sendiri, kena marah pulak tu. Tapi tak apa, demi nak selamatkan RM10k, saya lalui juga.
Akhirnya, semua borang dah setel - banyak gila borang dia - saya pun dapat jumpa Doktor Pakar. Dia cakap saya boleh bersalin secara normal tapi they will prepare utk buat C-sect. Fee pun tak sampai RM1000. Doktor suruh saya balik dulu dan datang balik utk check up minggu depan. Saya pun dengan gumbiranya bagitau Mr. Hubby.
Minggu akhir of my pregnancy, saya pi buat check up kat HTAR. Kali ni, lain pulak isunya. Air ketuban saya kurang pulak. Saya pelik pasal takde pulak air meleleh. Doktor explain maybe air ketuban saya di minum baby tapi baby tak kencing balik. Jadi air tu kurang la. Doktor rekemen utk saya admit esok pagi for closer monitoring.
First day dok kat Wad Bersalin HTAR, seronok!! macam2 ragam manusia walaupun bising, tapi menghiburkan.... 2nd Day, saya kena induced utk percepatkan labor. Dah start sakit tapi still boleh jalan2 jumpa new friends. Tukar2 experiance. Malam hari kedua, induce untuk kali kedua pasal laluan tak bukak. Time ni sakitnya adoiiii!!! barulah rasa menyesal tak bersalin kat Hospital Swasta. Kat sana, kalau sakit sikit je, dia offer ubat tahan sakit - masuk bil la ye, mcm Room Service kat Hotel - kat Hospital Kerajaan, bila mintak ubat tahan sakit, misi bantai gelakkan saya. Saya tersipu2 malu bawah selimut. Dalam hati, hoping that baby keluar the next day - 26th September pasal Mr. Hubby and Mia Comey lahir on the 26th.
Hari ketiga 26th September, sakit memang tak tertahan. My MIL datang dan tolong urut belakang. Tiba2 tiba, rasa basah. Saya menjerit panggil doktor bagitau air ketuban dah pecah. Sakit memang tak tahan la. Dah mengigil tahan sakit. Buleh pulak doktor tu suruh saya berjalan pi katil Stage 2 - katil Stage 2 ni ialah katil menunggu semantara bukaan serviks mencecah 8 - 10sm sebelum di tolak ke Bilik Bersalin - saya cakap yg saya sangat sakit dan tak boleh berjalan. Nasib saya baik, disebabkan pagi tu takde org yg nak bersalin lagi, Doktor check bukaan serviks di atas katil saya dan alhamdulillah, dah buka 8 sm. Jadi Doktor suruh saya naik atas stretcher untuk di tolak ke Bilik Bersalin.
Sampai Bilik Bersalin jam 9.30 - berdebar2 dan berdoa agar di permudahkan segalanya pasal saya tahu, bersalin di Hospital Kerajaan ni tak "seindah" bersalin di Hospital Swasta. Selepas 30 minit, baby still tak mahu keluar walaupun dah teran. Di samping itu, saya mengalami pendarahan yang agak teruk. Doktor yg nak menyambut baby saya menjerit mintak tolong dah akhirnya, ada 3 org doktor - Alhamdulillah semuanya perempuan - dan 2 orang nurse serta 2 orang Doktor Pelatih membantu saya. Semuanya memberi semangat dan pada masa tu rasa sangat selesa dan tepat pukul 11.30 pagi, saya selamat melahirkan Iska. Berat dia 4.4 kg......
Memang gembira pasal dapat baby boy - sebelum ni semuanya girls - dan fee cuma RM45 sahaja... RM45.... On the way back, saya cakap kat Mr. Hubby yg saya dah berjimat banyak untuk dia. Mr. Hubby reply ' Memang jimat banyak. Tapi kalau apa2 jadi pada saya waktu nak deliver tadi plus all the complications that might lead to death, RM10K tu dah takde makna bagi dia ' ......... rupa-rupanya selama ni dia diam pasal kecewa dengan kedegilan saya.....
Wednesday, July 17, 2013
Ramadhan, bulan menguji kesabaran....
Salam,
JEM!!! Memang menguji kesabaran betul. Bila Ramadan tiba, semua jalan jem. Maybe sebab semua org balik serentak - masing2 nak balik cepat utk berbuka. Ada org cerita, highway clear tapi tang nak masuk simpang ke rumah, dah start jem. Reason - Pasar Juadah...
Jalan penyelesaianya, naik pengangkutan awam... 3 years ago, saya berkerja di KLCC dan tinggal di Klang. Mula2, rajin la drive. Disebabkan tak larat nak mengadap jem, saya naik KTM dari Klang ke KL Sentral dan LRT dari KL Sentral ke KLCC. Kurang la sket stressnya. Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun berpindah ke Klang, dapat juga saya berbuka bersama keluarga - tak masak pon, tapau je - yang penting, dapat berbuka bersama keluarga.
3 tahun yg lalu, perkhidmatan KTM boleh dikatakan agak teruk. Dahlah tren ke Klang 1 dlm 1 jam. Kalau termiss, kena la tunggu satu jam lagi. Jadi, kita kena la merancang masa dengan baik. Kalau bulan puasa, opis hour sampai kol 5.00 ptg. Bergegas la saya ke KL Sentral nak naik tren pukul 5.25. Kalau sempat naik, saya sampai Klang kol 6.30. Sempat la lagi pi shopping lauk dan kuih. Kalau terlepas, saya akan naik tren ke Rawang or Sentul. Turun kat stesen Bank Negara - pasal stesen ni ada lif, tak payah turun naik tangga masa nak lintas platform - dan tunggu the next tren to Klang. Sebelum turun ke platform, sambar la sekotak air ngan roti krim pasal confirm kena buka dlm tren - tapi jarang la terjadi. Kekadang, kalau ada accouncement KTM ada technical issue, saya keluar balik dari Stesen KL Sentral dan pi Central Market, naik bas di Bas Stand Klang. Saya ni jenis tak suka menunggu.
Itu cerita dulu. Sekarang ni KTM dah ok. Frekuensi dah makin kerap dan gerabak pon dah bertambah. Elok la tu pasal dah semakin ramai orang yg kerja di bandar tapi duduk di luar bandar.
For those yang tak sanggup nak membuang masa di atas jalan raya, cuba la naik pengangkutan awam, kurang stress dan masih buleh tersenyum bila sambut anak.....

Tuesday, July 16, 2013
Bonuslink!!
Salam,
Alhamdulillah, hari ni baru pi office GD Express utk collect baucer Nando's RM50.. Hasil kumpul point Bonuslink!!! Boleh lah kami sekeluarga berbuka di Nando's hujung minggu ni!!!
Mr. Hubby memang hantu Nando's. Masa kami baru kahwin - time tu dia keje gaji besar - hampir tiap2 hari kita org dinner kat Nando's Subang Parade sampai saya naik jelak. Dah la time tu saya pregnant. Kalau makan kat Nando's, feveret Mr. Hubby 1/2 chicken hot peri-peri - yg lain tak best - , nasi ngan med salad. Yg best tu, air bottom less!!! minum la sampai kembung. Saya lak order salad je. Tak lalu nak makan ayam hari2.
Bagi yg first time nak try Nando's, saya rekemen amik set 1/2 chicken yg datang dgn 2 sidelines - garden salad, corn, nasi or fries. cuba try Garlic Sauce. sedap dan kurang hot.
Terima Kasih to Bonuslink!! for the voucher!! Bonuslink tak pernah menghampakan saya. It is almost 10 years saya dengan Bonuslink ni. Dah byk barang saya redeem. Memang sangat berbaloi kalau ada. Apply pun free. Bagi sesiapa yg belum apply, better apply cepat and start collecting your points!!!
Saya isi minyak kat Shell, beli vitamins etc brg2 health care dekat Caring. Kekadang shopping kat Parkson - itupun kalau ada Bonuslink Members day la. Points berkali ganda tau... tak susah pon nak collect point dia. Dah la apply free, dpt barang free....

Monday, July 15, 2013
Baju Raya....
Salam,
Walaupun baru 6 hari berpuasa, rasanya tak salah kalau kita dah mula beli persiapan utk raya kan... Saya sendiri dah belikan baju dan kasut untuk anak2 sebulan yang lalu. Beli baju kurung siap je. 3 anak dara, pakai baju sedondon. Senang nak saudara mara nak cam ye tak. Alhamdulillah, kalau beli awal, dapat la saiz yg sesuai dan harga pon berbaloi. Saya beli di Rozita Danisha Collection di GM Klang. Beli 3 helai, dapat harga borong. 3 helai baju kurung cotton bermanik tak sampai RM200!! berbaloi kan.
Bagi mereka yg mempunyai ramai anak, tak boleh cari alasan untuk anak2 tak berbaju baru betul tak. Kena la pandai susun budget. Tujuan saya beli baju anak2 awal ni pasal budget la. Bulan lepas punya gaji, beli baju anak2, bulan ni punya, saya punya baju la pulak... Lagipun, kalau nak beli pada skala yang banyak, elok la pi GM Klang/GM Raja Laut atau KWC. Rasanya kalau beli 3 helai baju, dah boleh dapat harga borong. Harga borong ni selalunya separuh dari harga yg peniaga displaykan. Memang boleh berjimat. Anak2 pon boleh bergaya.

Saturday, July 13, 2013
Bulan rezeki....
Salam,
Bulan Ramadhan, bulan mencari rezeki!!! Ya.. tetiba begitu banyak canopy-canopy (la ni depa takdak berpayung lagi dah. Pakai canopy) terpacak di kiri kanan jalan... Rasa syukur pasal tak payah la terkejar2 nak balik rumah memasak or buat air. Malangnya, indah khabar dari rupa. Air buah yg dibeli kononnya segar tapi rasa takde, warna kusam harapkan rasa gula. Pengat jagung yg di beli pulak tak sempat nak di jamah pasal dah berbuih - BASI!! Terkilannya rasa hati... Memang bagus mereka ni berniaga tapi jangan la setakat berniaga je. Kualiti barang kena di jaga juga. Kalau gini caranya, tak sampai seminggu la korang berniaga. Tak elok tau kalau hanya mementingkan keuntungan semata-mata....

Tuesday, June 18, 2013
Saya Gila Coach!!!
Salam,
Bersawang sudah laman blog ambo.. been busy attending to my new baby boy. Maaf la ye. Jom le jengok seksyen For Her dan For Baby and Kids. Ada brg baru.. Came across a fairly good quality ''Coach'' handbags. Design sama mcm the originals. Geram sesangat!! jadi saya sambar a few yg memang dah lama berkenan. Nak beli yang original, belum mampu lagi.
Time saya keje makan gaji dulu, hari-hari lalu depan butik Coach.- opis kat KLCC - . teringin nak masuk tapi segan pasal takde org nak teman. Kita ni bukan nya nak beli, sekadar nak tgk2 je... sambil tu jeling2 kat price tag dia la. Minat setakat gitu-gitu je.
Ntah meroyan apa, sejak berhenti keja, rasa mcm nak gila dgn brg2 Coach ni. Mungkin pasal masa senggang byk utk jenjalan dlm WEB. Bila jumpa yg berkenan dan rega berpatutan, saya pon beli la dan utk dptkan harga borong, terpaksa beli byk. Pendek kata, memang saya borong semua tapi pakai belum tentu lagi.Jadi saya sharekan di sini a few bag yg saya dah sambar. Memang saya pilih yg almost mcm original. Kualiti pon ok pasal saya dah pakai 2..
Jom la tengok. Beli utk bergaya di Hari Raya nanti!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)