Thursday, September 26, 2013
Bersalin di Hospital Kerajaan... not so badlah...
Salam,
Pejam celik, dah setahun umur Iska. Sekarang terasa geram pulak bila tengok org pregnant. Rasa mcm nak preggy lagi je. Org pregnant ni nampak comel sesangat especially bila dah hujung2. Masa depa jalan tu, nampak mcm penguin comel... Tanya Mr. Hubby, dia nak baby lagi tak? Mr Hubby cuma gelengkan kepala je. Agaknya dia still trauma dengan kekerasan kepala saya time nak deliver Iska setahun yg lalu. Ceritanya...
3 orang anak sebelum ni lahir di hospital swasta. Alhamdulillah, semuanya keluar secara normal and... besar2 belaka!!! Masa mengandungkan si Iska comey, semuanya berjalan lancar pada awalnya until check up 6 bulan. Gynae (Private Hospital) bagi tau yg uri saya ada di bawah. Type 2 katanya dan saya tak perlu risau pasal kandungan still di peringkat awal dan kebarangkalian uri untuk naik balik agak tinggi. Masa tu air mata dah menitis. Teringat yg saya dah 2 kali jatuh terduduk gara2 nak cepat punya pasal. Saya punya silap. Saya pun buat la sedikit research. Nama lain bagi uri di bawah ni ialah Plasenta Previa dan ada mcm2 jenis. Lepas baca dan faham, rasa lega sikit dan hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan bersalin,
Nearer to my EDD, Gynae suruh saya prepare utk bersalin secara Cesarean. Saya masih boleh bersalin secara normal tapi dia tak mahu ambil risiko. Mr Hubby setuju dan saya pun setuju pada mulanya especially bila memikirkan masalah logistik bila tiba waktu saya nak bersalin nanti. Sure Mr. Hubby sakit kepala, macam mana nak uruskan 3 girls yg kecik2 tu plus saya yang sakit nak bersalin. Tapi bila fikirkan balik pasal fees, saya dah risau. Gynae suruh prepare RM10k. Kesian pulak kat Mr. Hubby.
Akhirnya, saya tekadkan azam, saya nak bersalin di Hospital Kerajaan!!!!Nearer to my EDD, dengan azam yang kuat - kuat sangat demi nak selamatkan RM10K - saya sendiri pergi jumpa Gynae dan mintak Letter of Referral untuk diserahkan masa saya daftar di Hospital Kerajaan. Lepas dapat surat, saya terus pergi ke Pusat Bersalin HTAR. Sepanjang saya mengandung, saya tak pernah buat check up di mana2 Klinik Kesihatan jadinya, nurse2 di situ membebel la pasal tak tahu history kesihatan saya - Mintak maaf ye misi atas kealpaan saya. Sedih jugak masa tu. Dah la masuk daftar sendiri, kena marah pulak tu. Tapi tak apa, demi nak selamatkan RM10k, saya lalui juga.
Akhirnya, semua borang dah setel - banyak gila borang dia - saya pun dapat jumpa Doktor Pakar. Dia cakap saya boleh bersalin secara normal tapi they will prepare utk buat C-sect. Fee pun tak sampai RM1000. Doktor suruh saya balik dulu dan datang balik utk check up minggu depan. Saya pun dengan gumbiranya bagitau Mr. Hubby.
Minggu akhir of my pregnancy, saya pi buat check up kat HTAR. Kali ni, lain pulak isunya. Air ketuban saya kurang pulak. Saya pelik pasal takde pulak air meleleh. Doktor explain maybe air ketuban saya di minum baby tapi baby tak kencing balik. Jadi air tu kurang la. Doktor rekemen utk saya admit esok pagi for closer monitoring.
First day dok kat Wad Bersalin HTAR, seronok!! macam2 ragam manusia walaupun bising, tapi menghiburkan.... 2nd Day, saya kena induced utk percepatkan labor. Dah start sakit tapi still boleh jalan2 jumpa new friends. Tukar2 experiance. Malam hari kedua, induce untuk kali kedua pasal laluan tak bukak. Time ni sakitnya adoiiii!!! barulah rasa menyesal tak bersalin kat Hospital Swasta. Kat sana, kalau sakit sikit je, dia offer ubat tahan sakit - masuk bil la ye, mcm Room Service kat Hotel - kat Hospital Kerajaan, bila mintak ubat tahan sakit, misi bantai gelakkan saya. Saya tersipu2 malu bawah selimut. Dalam hati, hoping that baby keluar the next day - 26th September pasal Mr. Hubby and Mia Comey lahir on the 26th.
Hari ketiga 26th September, sakit memang tak tertahan. My MIL datang dan tolong urut belakang. Tiba2 tiba, rasa basah. Saya menjerit panggil doktor bagitau air ketuban dah pecah. Sakit memang tak tahan la. Dah mengigil tahan sakit. Buleh pulak doktor tu suruh saya berjalan pi katil Stage 2 - katil Stage 2 ni ialah katil menunggu semantara bukaan serviks mencecah 8 - 10sm sebelum di tolak ke Bilik Bersalin - saya cakap yg saya sangat sakit dan tak boleh berjalan. Nasib saya baik, disebabkan pagi tu takde org yg nak bersalin lagi, Doktor check bukaan serviks di atas katil saya dan alhamdulillah, dah buka 8 sm. Jadi Doktor suruh saya naik atas stretcher untuk di tolak ke Bilik Bersalin.
Sampai Bilik Bersalin jam 9.30 - berdebar2 dan berdoa agar di permudahkan segalanya pasal saya tahu, bersalin di Hospital Kerajaan ni tak "seindah" bersalin di Hospital Swasta. Selepas 30 minit, baby still tak mahu keluar walaupun dah teran. Di samping itu, saya mengalami pendarahan yang agak teruk. Doktor yg nak menyambut baby saya menjerit mintak tolong dah akhirnya, ada 3 org doktor - Alhamdulillah semuanya perempuan - dan 2 orang nurse serta 2 orang Doktor Pelatih membantu saya. Semuanya memberi semangat dan pada masa tu rasa sangat selesa dan tepat pukul 11.30 pagi, saya selamat melahirkan Iska. Berat dia 4.4 kg......
Memang gembira pasal dapat baby boy - sebelum ni semuanya girls - dan fee cuma RM45 sahaja... RM45.... On the way back, saya cakap kat Mr. Hubby yg saya dah berjimat banyak untuk dia. Mr. Hubby reply ' Memang jimat banyak. Tapi kalau apa2 jadi pada saya waktu nak deliver tadi plus all the complications that might lead to death, RM10K tu dah takde makna bagi dia ' ......... rupa-rupanya selama ni dia diam pasal kecewa dengan kedegilan saya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment