Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan, bulan menguji kesabaran....

Salam,

JEM!!! Memang menguji kesabaran betul. Bila Ramadan tiba, semua jalan jem. Maybe sebab semua org balik serentak - masing2 nak balik cepat utk berbuka. Ada org cerita, highway clear tapi tang nak masuk simpang ke rumah, dah start jem. Reason - Pasar Juadah...

Jalan penyelesaianya, naik pengangkutan awam... 3 years ago, saya berkerja di KLCC dan tinggal di Klang. Mula2, rajin la drive. Disebabkan tak larat nak mengadap jem, saya naik KTM dari Klang ke KL Sentral dan LRT dari KL Sentral ke KLCC. Kurang la sket stressnya. Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun berpindah ke Klang, dapat juga saya berbuka bersama keluarga - tak masak pon, tapau je - yang penting, dapat berbuka bersama keluarga.

3 tahun yg lalu, perkhidmatan KTM boleh dikatakan agak teruk. Dahlah tren ke Klang 1 dlm 1 jam. Kalau termiss, kena la tunggu satu jam lagi. Jadi, kita kena la merancang masa dengan baik. Kalau bulan puasa, opis hour sampai kol 5.00 ptg. Bergegas la saya ke KL Sentral nak naik tren pukul 5.25. Kalau sempat naik, saya sampai Klang kol 6.30. Sempat la lagi pi shopping lauk dan kuih. Kalau terlepas, saya akan naik tren ke Rawang or Sentul. Turun kat stesen Bank Negara - pasal stesen ni ada lif, tak payah turun naik tangga masa nak lintas platform - dan tunggu the next tren to Klang. Sebelum turun ke platform, sambar la sekotak air ngan roti krim pasal confirm kena buka dlm tren - tapi jarang la terjadi. Kekadang, kalau ada accouncement KTM ada technical issue, saya keluar balik dari Stesen KL Sentral dan pi Central Market, naik bas di Bas Stand Klang. Saya ni jenis tak suka menunggu.

Itu cerita dulu. Sekarang ni KTM dah ok. Frekuensi dah makin kerap dan gerabak pon dah bertambah. Elok la tu pasal dah semakin ramai orang yg kerja di bandar tapi duduk di luar bandar.

For those yang tak sanggup nak membuang masa di atas jalan raya, cuba la naik pengangkutan awam, kurang stress dan masih buleh tersenyum bila sambut anak.....

No comments:

Post a Comment